Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM Tumpat ditubuhkan bersama dengan penubuhan Maktab Rendah Sains ( MRSM ) Tumpat. PSP MRSM Tumpat di bawah kelolaan Pn.Erma binti Mat yang memegang jawatan sebagai Guru Media di MRSM Tumpat. Pn. Erma bertanggungjawab dalam segala perkara yang melibatkan PSP seperti sistem penkatalogan buku-buku, urusan sirkulasi, buku teks, hiasan dalaman PSP dan sebagainya yang relevan.
Beliau dibantu oleh dua orang pembantu iaitu Nik Hasnida Binti Nik Daud, Pembantu Tadbir PSP dan Mohd Rohaimie bin Ma Husin, Pembantu Operasi PSP. Antara skop tugasan mereka ialah menjalankan tugas-tugas yang melibatkan pengurusan pusat sumber dan buku teks
Badan Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran ( BPPSP) atau lebih dikenali sebagai Librarian Council ( LC )merupakan salah satu badan kepimpinan pelajar yang wujud di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat. Mereka merupakan para pelajar yang terpilih untuk membantu kegiatan seharian PSP serta dalam menjalankan aktiviti bersama pelajar.
BPPSP juga menjalankan aktiviti perkongsian ilmu serta maklumat yang berkaitan dengan PSP.
MRSM Tumpat menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pendidik serta para pelajarnya. Antaranya adalah
Menyediakan servis penggunaan komputer untuk membantu mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru mereka.
Merupakan ruangan perbincangan dan mesyuarat yang dapat diakses oleh para staf dan pelajar.
Merupakan ruang pelbagai guna samada tempat para pelajar membaca buku, ulang kaji pelajaran, kelas tambahan pada waktu petang dan pelbagai lagi.
Tempat penyimpanan buku teks yang baru dan lama.
Menyediakan majalah-majalah daripada pelbagai syarikat percetakan seperti remaja, maskulin, wanita dan sebagainya.
Ruangan perbincangan dan belajar tertutup yang terletak di bangunan Makmal Komputer
menempatkan segala koleksi buku-buku fiksyen bahasa melayu dan bahasa inggeris serta mempunyai ruang bacaan yang selesa.
Merupakan ruang koleksi-koleksi buku yang kos tinggi, mengandungi unsur-unsur seksualiti untuk pembelajaran,menyentuh sensitiviti perkauman dan ensiklopedia dan tidak dibenarkan untuk dipinjam
Buku-buku disusun mengikut sistem klasifakasi LCC ( Library of Congress Classification ) dan sistem in house cataloguing pada buku genre fiksyen Bahasa inggeris dan Bahasa Melayu
Merupakan ruangan berkomputer tertutup untuk keselesaan para pengajar dan pelajar
Merupakan ruang pelbagai guna untuk urusan harian di Maktab Rendah Sains Mara.
Menyediakan servis percetakan bewarna dan tidak bewarna kepada para pelajar. Kertas disediakan kepada para pelajar.
melakukan urusan pinjaman dan pemulangan buku teks dan buku lain.
Ruang menunggu atau bacaan akhbar khusus bagi wanita bagi pelajar, staf, para pendidik serta para tetamu yang hadir ke PSP.
Ruang menunggu atau bacaan akhbar khusus bagi lelaki bagi pelajar, staf, para pendidik serta para tetamu yang hadir ke PSP.
Menyediakan perkhidmatansistem Open Public Access Catalog (OPAC) yang membolehkan para pengguna mengakses item-item yang disediakan oleh pihak PSP.
Menyediakan perkhidmatan tempahan bilik-bilik yang berada di bawah naungan PSP MRSM Tumpat.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian utama kami iaitu 09-7215015
( GURU MEDIA / SIVIK ),09-7215015, erma@mara.go.my
( PEMBANTU TADBIR PSP ),09-7215015, Hasnida.daud@mara.gov.my
( PEMBANTU OPERASI PSP ),09-7215015